Tuesday, October 20, 2009

Pinkie tapi bukan Lantai T



Mula2 happy saja, lari sana lari sini, bila pompuan lalu trus dia hilang mood, hehehe anjing pun tau jeles.. hahahaha anjing di panggil pinkie ni ada di bengkel sejak dia kecik2 lagi, kesian tengok dia dok forage tong2 sampah, so, aku pun bagi laa apa2 saja sisa aku makan lalu aku bungkus dalam plastik bawa balik bagi kat dia.Tak pernah baling batu atau pukul dia, tu sebab dia bagi aku pijak pala dia, nak usap leceh plak nak kena samak, tapi bukan susah sangat pun nak samak ni, air tanah pertama kaa ke dua ka ketiga pun tak apa,, janji basuh air tanah tu betul2, tujuh dalam istilah islam ni maknanya banyak. maka cuci laa banyak2 kali masa samak tu.

My Atok and somebody else's atok too



Disini adalah gambar My Grandparents, whom I don't really know much about. Sure I've met them, but I was so little then. And he spend the rest of his days in Sungai Petani with Mohd Khalid Mohd Jiwa and company.

The other set of pictures is the grandparents of the present wakil rakyat of Lembah Pantai, that little greenhorn whatshername abiding her crazy father's orders.
My grandfather is the one with the bow, a magistrate in his days.

That little lady's grandpapa was in the health services. I helped bathed his body and "kapan" him when he died in PJ back then. I remember that little lady's father eyeing me then and later sending an Inspector to enquire as to my relations and how I was doing what I was doing there then. But then he really isn't her granfather becos her real granfather was not around to take care of her mother but this man took over from his brother...

Man am I gonna get it this time.

Sunday, October 18, 2009

the making of





For SALE!!!!





Nokia 2730 classic - Products
The Nokia 2730 classic lets you take advantage of fast 3G internet access to stay on top of events, keep up with email, and stay connected with friends.
Nokia 2730 classic - Specifications
The Nokia 2730 classic features fast 3G internet access, a built in music player with radio, connected services, and photography.
Nokia 2730 classic - Accessories
Nokia 2730 classic is compatible with a host of practical accessories designed to bring the best out of your phone.
Saya dah ada dua phone, penangan kawan yang kata nak beli fon 2nd hand yg baru saya beli, laa ni ada tiga fon, dua 2nd hand, satu brand new, mint condition, kotak dia jer yang agak terok sikit, pasal asyik dok buka tutup buka tutup, bateri pun belum charge lagi, skrin cover protection pun tak buka lagi. Jadi nak jual lah yg baru ni.

Tuesday, October 13, 2009

Majlis Hari Raya DBKL dan Media

Aku baru balik dari majlis itu. Mungkin ada yang tertanya apa kena mengena aku dengan media? Kalau nak tahu, blogging pun di kira media juga, walau aku blogging suka-suki saja. Ini pun kerana aku rajin melayar blog2 tersohor seperti yang terpampang pada link2 di tepi webpage aku ni. Hasil dari pelayaran aku ini, aku juga di kunjungi tuan2 empunya blog2 yang aku telah singgah. Antaranya Parpukari dan RockyBru. Mantap2 perisian blog mereka ini. Penuh hujjah dan juga penuh dengan komen2yang kadang tak tersiar kerana komen2 di buat oleh orang2 yang terlalu emosional tanpa batasan memberi bukan komen tapi keceluparan. Memang patut pun tidak di siarkan. Berbalik kepada majlis di atas. Pada bulan ramadhan yang baru berlalu, aku di ajak berbuka di PWTC bersama Timbalan Perdana Menteri dan juga Tun Mahathir bersama2 para pelajar IPT, IPTA, media dan juga bloggers. Di sana aku telah bersalaman dengan brader RockyBru yang kebetulan baru malam sebelumnya melayari ke blog aku. Makanya dari situ lah aku di iktiraf sebagai seorang blogger dan nama pun termasuk kedalam senarai jemputan melibatkan bloggers. AKu sangat rasa bangga di ziarahi oleh brader RockyBru. Siapa lah aku, kan? Berbalik ke majlis malam ini, kami di hiburkan dengan tarian dan nyanyian, dan deklamasi sajak oleh Datuk yang nama nya aku dah lupa, minta maaf Datuk. Dua sajak yang di sampaikan, Kuala Lumpur dan satu lagi Kekasih something2 oleh arwah Usman Awang. Majlis tersebut juga menjanjikan hadiah2 lumayan dalam acara cabutan bertuah, ini yang membuat aku tunggu hingga selesai majlis. Setelah puas makan minum, aku minum air kosong saja sebab majlis makan ala buffet, malas pulak nak ulang alik ambil kopi atau teh. Macam2 juga ada dalam menu, tapi aku makan sup dan roti saja lebih, tapi akhirnya terpaksa juga cari nasi, ada juga. Maka tiba lah masa yang di tunggu2, cabutan bertuah untuk hadiah2 utama, ia itu tiga set talipon bimbit, Nokia 7320, Blackberry dan iPhone! Juru acara menyebut nombor untuk hadiah ketiga, kosong, kosong, kosong."Angkat tangan sesiapa yang punya nombor pangkal tersebut, tapi aku tau sudah dua hadiah mempunyai angka2 tersebut, besar peluang ni, terlintas di hati aku. Pengacara meneruskan,"kosong, kosong, kosong enam!" WooooooooH!!!! aku menjerit, hidup bloggers!!! Nombor aku naik! Aku di panggil naik ke pentas. Di atas pentas aku hampir tak bersalam dengan Datuk Bandar kerana nak menjerit kedalam mikrofon pengara, "Hidup Bloggers!" Ya, aku mengidamkan Blackberry atau iPhone tapi Nokia 2730 pun jadi lah, Syukur jugak. Sekarang aku ada extra tiga talipon, tapi satu rosak sebab ia nak jadi submarine dalam lubang jamban tempuh hari. Sekian sahaja cerita aku. Oops, aku terlupa. Aku hanya berjumpa dua orang saja bloggers lain, iaitu Parpukari dan marah something, aku tak ingat sebab mungkin aku tak senarai dia dlm link aku, minta maaf ya brader, lepas ni saya akan add saudara dalam senarai link2 saya. The End