Monday, April 26, 2010

Dari Blog SanggulMelayu( Aku copy paste bulat2)


Yuhuu..Tengah Basuh Berak Tok Guru Ka?

Yuhuu..Tengah Basuh Berak Tok Guru Ka? Wah!!Lagi kita suruh BN agar tidak seronok sangat dan terus berusaha, mereka pula dengan megah berkata Zaid gagah walaupun kalah. Pirahhh!!! BN memang layak menang pun sebabnya BN bukannya sepalat yang dinista. Ada juga yang bodoh sombong kata BN labur berpuluh juta hanya untuk majoriti 1700 undi.


Bagi CCZ, nasib baiklah undi majoriti tu sebelahi BN tapi kalau sebelahi PKR, apa akan jadi pada Hulu Selangor? BN bukan juah tabur kemewahan berganda pada rakyat hanya kerana adanya pilihanraya tetapi lebih dari itu BN buat. Bukan hanya berjuta untuk 1700 tarik pengundi tetapi untuk seorang anak miskin atau kaya saja, BN belanjakan hampir RM7,000 seorang.


Tak percaya? Belia-belia muda yang terkandas di dalam pelajaran dan tidak menyambung pengajian akibat akademik dan duit tak cukup, Kerajaan BN sediakan pula sekolah-sekolah dan pusat-pusat latihan seperti Giat Mara, IKBN, Akademi Bina Malaysia, Pusat Latihan KEDA dan sebagainya. Untuk apa? Untuk bagi pendidikan kemahiran. Gilap bakat dan kemahiran anak-anak belia. Siapa yang dok hantar anak-anak ini ke pusat ini kalau bukan orang Melayu?


Setiap penggal, Kerajaan biayai RM7,000 sekepala untuk 6 bulan . Percuama. Bawa badan dan akal saja. Kerajaan sedia bagi makan minum. Belia yang belajar dapat elaun, dapat makan dan banyak lagi. Bila keluar, Kerajaan bagi bantuan lagi. Dapat kerja. Tampung keluarga. Habis kenapa tak ungkit wahai badigol-badigol haprak dalam PR?


Kerajaan BN tak ungkit langsung. Yang dok ungkit, kami-kami ni yang sedar bahawa tak ada Kerajaan BN hari ini jangan sembang puak hampa boleh bawa kereta nasional ke sana ke sini. Kerajaan BN tak bising walaupun kakitangan Kerajaan tak sokong kerajaan tapi kami ni yang bising sebabnya dalam kerajaan ada penyangak besar yang dok pelingkup negara. Siapa lagi kalau bukan pembangkang yang perasan depa boleh memerintah.


Nah!! Sekarang Kedah bawah PAS Awat tak perintah lagu mana hampa dok bengkiang selama BN perintah!!Perintahlah!! Kalau gebang kat kedai kopi, ayaq kopi satu tong minyak pun tak cukup untuk satu mulut cakap Kerajaan BN itu ini tapi bila Azizan and the gang tadbir Kedah sampai dah nak rebah, haram hampa sembunyi muka bila berjumpa dengan puak UMNO!!


Yang puak UMNO pula masih dok cara lama gak. Semua tumpang tui Najib saja. Harap sendiri punya usaha. Mampus!! Ada juga yang sebenarnya sekapal dengan PAS..Bukan apa! Takut rahsia bocor ke SPRM. Lagu ni masih dok nak nyanyi BN Menang Kedah Senang!!!


Memang tepat kata-kata Tun Mahathir (jika benar). Kalau Azizan bubar DUN sekalipun, UMNO/BN akan tetap kalah di Kedah. Sekarang kita tengok lagi kesan duit dalam pemilihan UMNO selepas PRU12 yang lepas. Yang lain jangan buat kerja. Kita suruh yang menang buat kerja. Ok?

Wednesday, April 21, 2010

IRAN DAN MALAYSIA



oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Saya lega membaca penafian Dato' Sri Najib, Perdana Menteri bahawa laporan Malaysia sudah hentikan bekalan "gasoline" kepada Iran kerana projek nuklearnya.

2. Iran bukan musuh Malaysia dan Iran tidak pernah soal dasar dan kegiatan dalaman kita. Justeru itu tidak ada sebab kenapa kita harus soal dasar dalaman Iran.

3. Benar atau tidak Iran sedang mencipta senjata nuklear seperti yang dituduh oleh Amerika Syarikat bukan masalah kita. Ia adalah masalah Amerika Syarikat, sebuah kuasa militari yang terbesar di dunia, yang mempunyai lebih daripada 10,000 senjata nuklear, yang kononnya begitu takut kalau Iran memiliki dua biji bom nuklear di masa hadapan tetapi rela Israel memiliki sekarang lebih daripada 200 senjata nuklear.

4. Benarkah Amerika takut dunia akan menghadapi perang nuklear yang akan di lancar oleh Iran dengan dua biji bomb nuklearnya. Gilakah Iran sehingga sanggup melancar perang nuklear dengan dua biji bomb nuklear dengan tidak menghiraukan kemungkinan Iran dihujani bom dan roket nuklear oleh Amerika Syarikat, Israel dan kuasa besar yang lain.

5. Sebenarnya kempen terhadap program nuklear Iran oleh Amerika Syarikat bertujuan menindas Iran sahaja. Kita tidak harus menyertai kempen ini kerana ia akan merosakkan kepentingan kita. Dagangan kita yang termasuk jualan kereta, konsesi minyak, bekalan minyak, projek perumahan dan lain-lain menguntungkan kita. Kalau kita bermusuh dengan Iran semua ini akan hilang. Amerika Syarikat tidak akan ganti kerugian kita. Lagi pun imej kita dalam dunia, terutama dunia Islam akan tercemar.

6. Sesungguhnya saya amat gembira apabila membaca dalam The Star bahawa laporan Dato Sri Najib menghentikan bekalan gasoline kepada Iran adalah tidak benar. Alhamdulillah.