Aku dok online, chatting2 kat mirc, sambil dengar2 online radio miasaraFM.
Baru2 ni semasa balik Kedah, lepas gathering teman2 sepersekolahan di Pantai Merdeka, aku ulang alik, Alor Star, Jitra, Sungai Petani. Ronda2 cari kawan2 yang tak hadir perhimpunan di Pantai Merdeka. Sambil2 tu aku cari juga kawan2 chatters.
Aku terjumpa seorang saja. Nick dia Rusalinda. Dia ada butik di Stadium Darul Aman. Dedicate House. Memang dah lama teringin nak jumpa dia ni pasal slalu juga dok interaksi di alam siber. Rusalinda ni salah seorang DJ di miasaraFM. Dia ni suka dan pandai menyampaikan madah, sajak atau apa saja nukilan2 kita. Mungkin ada sekali dua aku pun sumbangkan madah nukilan aku. Malam ni pun aku karang satu. Rusalinda modified skit masa dalam penyampaian nya.
Di bawah ni lah nukilan tersebut.
Perjalananku
perjalananku yg tak jauh
tidak luas, masih aku ingat
aku ingat, pesanan,
pesanan rakan taulan,
rakan taulan zaman kanak2
zaman kanak2 yang tak kenal hiba resah
hiba resah yang kian melanda
melanda...
melanda dunia
dunia yang semakin pincang
pincang bukan kepalang
kepalang yang di janjikan
dijanjikan mati, kiamat syurga neraka
mati. ,,
kiamat... syurga neraka..
mana satu penghabisan perjalanan ku
ada satu lagi
Gembira
Gembiralah.
kenapa perlu nak berduka
duka membuat hati terluka
Gembira masa kanak2.
tidak kenal susah payah.
penuh tenaga, penuh gembira
Gembira remaja belia.
ketika beramai2, tak mahu sendirian,
meng-inginkan kemudahan dan pengetahuan
Gembira teruna dara.
menghadapi pelaminan
melayarkan bahtera
hidup bersama
Gembira ibu bapa.
mendapat zuriat
membesarkan
menambahkan umat
Gembira nenek dan atok.
melihat keturunan
menurunkan pengetahuan
meninggalkan warisan
1 comment:
Selam dalam2 sampai cecah dasarnye...mencari merabe didalam terang...kelak pasti jumpe pakalnye...
Post a Comment