Dulu, kita dengar, dalam solat, ketika bersujud, darah akan mengalirkan oxygen ke otak kita, tapi sekarang kita dapati ada maklumat yang lebih terperinici. Ikuti di bawah ini, sumbangan dari blog lain yg say ajumpa ketika berlayar.
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemui dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah
1 comment:
Saudara,
Sebenarnya artikel-artikel atau idea-idea beginilah yang menjahanamkan lagi Islam itu. Kenapa saya kata begitu? Mudah saja. Kerana ianya tidak benar.
Kalaulah benar, maka tidak akan ada satu orang pun pemenang hadiah nobel sains dalam dunia ini dari golongan orang-orang kafir, yang sememangnya tak pernah bersolat atau bersujud pun. Orang2 Islam yang kononnya bijaksana kerana kepala-kepala mereka bersujud tadi, akan menjadi pemikir2 terunggul dalam dunia ini.
Sudah kah saudara pastikan akan sumber fakta ini? Profesor masuk Islam yang mana? Apa nama dia, di mana rumahnya, apa buku yang ditulisnya? Kerana ramai sungguh mereka2 yang ingin memesongkan pemikiran orang2 Islam sekarang ini kearah fakta-fakta yang tidak betul. Dan mereka-mereka yang terlalu mengagumi sains (dari kalangan orang2 Islam) akan lebih kepada mereka2 yang terdiri dari yang BUKAN berpelajaran Sains pun.
Serupa dengan khabar angin Neil Arsmtrong masuk Islam, yang mana kemudiannya didapati tidak benar malahan bertambah sesat pula si Arsmtrong tadi dalam kenasraniannya, berita serta fakta palsu sepertimana yang saudara bantu untuk sebarkan ini, tidak ada kebaikkannya baik dari segi keimanan umatnya mahupun dari segi peningkatan minda mereka.
Post a Comment