Monday, August 30, 2010

Pemimpin Bertelagah Menyimpang Prinsip Islam : Raja Nazrin Isnin Ogos 30, 2010


IPOH: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah bahawa pemimpin Islam yang memilih untuk bertelagah dan bersaing mencari pengaruh, sehingga tergamak melakukan perkara-perkara ekstrem yang mencemar agama dan maruah ummah, sebagai golongan yang telah menyimpang dari prinsip asas Islam.


Ini kerana prinsip asas Islam sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah, titah baginda sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeim) peringkat negeri serta sumbangan Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) di sini.


Menurut baginda, penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di dunia terutama contoh-contoh ketara di Palestin, Afghanistan dan Iraq, bermula dari pemesongan yang berlaku di kalangan pemimpin hingga mereka sendiri membuka laluan yang membolehkan bukan Islam melakukan pencerobohan dan kemusnahan.


"Pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar.


"Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam," titah baginda.


"Umat Islam di negara ini kini berada dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca, bagaikan bersedia berpaut kepada apa sahaja yang dapat dicapai untuk terus timbul dalam arus yang mungkin membawa mereka menuju kepada penghujung yang amat membimbangkan," titah baginda.


Umat Islam wajib mengambil pengajaran sebelum nasi menjadi bubur, tegas baginda.


"Ingatlah! Sedarilah! Insaflah! ketika umat Islam jatuh dan menjadi lemah, janganlah diharap ada pihak yang akan bersimpati untuk membela nasib mereka. Masa hadapan dan penentuan nasib umat Islam berada di tangan umat Islam. Selagi umat Islam kekal bersatu dan teguh berpadu, tidak ada pihak yang boleh meruntuh atau menjatuhkannya.


Kejatuhan umat akan berlaku apabila umat memilih untuk tidak bersatu malah saban hari terus menghakiskan kekuatan di antara satu sama lain," titah baginda.


Baginda bertitah jika para pemimpin di peringkat tertinggi organisasi memperlihatkan contoh teladan bersefahaman, saling membantu dan saling bekerjasama, pengikut di bawah tentunya akan dapat bertaut erat.


"Bahawa pemikiran, perkataan dan tindak laku pemimpin itu akan dijadikan teladan ikutan dan menjadi penentu arah kepada pengikut, kerana itu, jika pemimpin bertelagah maka pengikut akan turut berpecah," titah Raja Nazrin.


"Berbahagialah ummah, jika barisan pemimpin Islam dan organisasi berteraskan Islam senantiasa berusaha menjalinkan semangat persefahaman serta senantiasa bergerak ke arah membina jambatan kerjasama; tentunya pemikiran, tenaga dan sumber umat Islam akan menjadi lebih produktif dan ukhuwah di kalangan ummah akan menjadi lebih teguh," titah baginda.


Raja Nazrin turut mengingatkan para pemimpin bahawa selagi golongan fakir miskin wujud di negara ini, mereka masih berdepan cabaran dan tanggungjawab besar untuk memastikan pengagihan sumber kekayaan negara berlaku secara adil dan saksama.


"Kewujudan fakir miskin harus juga menginsafkan warga yang telah hidup senang, warga yang telah mendapat banyak nikmat serta kemudahan, untuk tidak bersifat tamak, bernafsu membolot seluruh kekayaan tanpa menghiraukan penderitaan golongan yang masih miskin dan susah.


Usaha membantu fakir miskin - usaha membasmi kemiskinan adalah satu jihad. Agihan pendapatan yang lebih saksama merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh para pemimpin yang memegang amanah pemerintahan," titahnya.


Baginda bertitah keadilan sejati masih belum tercapai sepenuhnya selagi agihan kekayaan yang saksama tidak dapat dipenuhi, sehingga menyebabkan jurang pendapatan yang ketara antara orang miskin dan kaya.


"Apatah lagi jika cara kekayaan terhimpun kepada kumpulan tertentu yang diperoleh melalui pemberian yang tidak mematuhi amalan pengurusan yang telus lagi teratur, titah baginda. - BERNAMA

Sunday, August 29, 2010

Apa yang ada pada Anwar?

Oleh Angela

Adakah dia seorang seorang ulama yang tersohor yang mendapat pendidikan agama daripada ulama terkemuka? TIDAK. Adakah dia mendapat pendidikan dalam bidang agama? TIDAK. Adakah dia keluaran institusi penggajian tinggi terkemuka? TIDAK. Adakah dia seorang berjiwa rohaniyah? TIDAK. Adakah dia berguru dengan guru yang benar2 murshid? TIDAK. Adakah dia mengamalkan mana-mana amalan tarikat? TIDAK. Adakah dia seorang ilmuan ulung? TIDAK. Adalah dia mempelajari ilmu ke peringkat tertinggi di mana2 universiti? TIDAK. Adakah dia seorang tokoh ilmuan yang ulung dan disegani? TIDAK. So what is he and who is he? Di seorang pemidato yang mempunyai ilmu yang tinggi? Pemidato yes, ilmu NO. He has only rhetoric, and no ilmu.

Adakah dia seorang yang berakhlak mulia? TIDAK, malah dia berjuang untuk LGBT dan diakui melakukan perkara di luar tabi'i. Jadi apa yang Anwar ada yang boleh dia jadi TPM, dapat bermacam title dan augerah, keistimewaan di Amerika, disanjung di seluruh dunia, mempunyai wang dan harta yang banyak?

Jawapannya senang sahaja, dia jual maruah diri, bangsa dan agama, dan menggadai negara kepada kuasa2 asing. Dia dilonjakkan ke pesada dunia oleh global elite yang sangat kaya dan berkuasa. Dengan lonjakkan itu dia mendabik dada, dialah hero, dialah wira. Media antarabangsa yang dikuasai oleh global elite Jesuit-zionist-masonic-illuminati yang meletakkan Anwar sebagai wira, but not for nothing, but for return favours dari Anwar - iaitu apabila Anwar memegang tampuk kuasa.

Umpan sudah diberi selama ini, jadi program mesti teruskan, tidak boleh berpatah balik sebab sudah terlanjur. Selama ini programnya tidak menjadi kenyataan sebab Anwar memandang rendah kepada bangsa sendiri dan agamanya sendiri - dan orang yang Anwar pandang rendah itu sentiasa berdoa semoga Anwar tidak akan berjaya dengan cita2 dan niat jahatnya kepada kami2 yang lemah.

Hanya Allah yang Maha Kuasa, dan hanya Allah yang menghalang cita2 Anwar selama ini. Pada kesempatan yang sama, kelengahan Anwar untuk mencapai cita2nya telah memberi masa yang selesa untuk terdedahnya kelakuan dan akhlak buruk Anwar di khalayak ramai.

Hanya mereka yang terlalu taksub, yang buta hati, yang mengharapkan keuntungan undi, yang akan menyokong Anwar. Dengan wang ringgit dan rangkaian underground network Anwar selama ini, cita2nya masih belum berhasil.

Anwar diberikan banyak masa, banyak peluang untuk bermuhasabah diri, dan renungkan kesilapan, dan siapa diri dia sebenar. Tetapi umur yang diberikan itu tidak dimanfaat untuk kebaikan, tetapi sebaliknya dia gunakan untuk terus melakukan kerosakan di muka bumi. Inilah orang yang tidak ada cahaya ruhaniyyah, yang tidak akan melihat jalan pulang.

Kassim Ahmad took that difficult step to return where he belongs - he was a brilliant scholar, who was also used by the Fabian Society / LSE untuk agenda NWO socialist international, tetapi akhirnya berhadapan dengan realiti, so he took THE LONG JOURNEY HOME (the title of his book).

For Anwar, it is not too late, we will all forgive you, kalau kamu mahu kembali ke pangkal jalan. Kita diajar supaya memaafkan orang, dan itulah ajaran Islam yang suci.

Kami tidak benci kamu, tetapi kami hanya benci dengan sikap khianat kamu selama ini.

Saturday, August 21, 2010

Otak Dalam Bahaya Jika Tidak Solat

Dulu, kita dengar, dalam solat, ketika bersujud, darah akan mengalirkan oxygen ke otak kita, tapi sekarang kita dapati ada maklumat yang lebih terperinici. Ikuti di bawah ini, sumbangan dari blog lain yg say ajumpa ketika berlayar.


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemui dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah

Friday, August 20, 2010

Doa buat si Kapiark!





Article berikut ada lah salinan dari blog2 lain.

Khutbah Jumaat di Pulau Pinang kini menjadi medan untuk menjilat Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Negeri. Aparat aparat Khawarij PAS begitu bersungguh sungguh mendewa dewakan sikafir harbi ini hinggakan mendoakan beliau didalam Khutbah Jumaat.
Kelaziman dalam lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam tetapi mengapa mendoakan untuk seorang yang anti Islam dan Melayu,pembohong seperti Guan Eng seorang kafir harbi.
Begitulah teruknya sebahagian penjilat tegar Khalifah Sosialis hinggakan sanggup membuang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan TYT Gabenor Tun Rahman Abas sebaliknya mendoakan Lim Guan Eng didalam khutbah Jumaat.
Perkara ini sudah berlaku dibeberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.
Buktinya pada Jumaat minggu lepas,13 Ogos di Masjid Padang Menora Tasik Gelugor. Khatib Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan Ketua Menteri Khalifah Sosialis Guan Eng menggantikan Yang Pertuan Agong didalam Khutbah Jumaat.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan dan bantahan dikalangan jemaah yang hadir apabila menyedari doa itu membelakangkan YDP Agung hinggakan ada yang tergamam mengapa harus menyebut nama seorang kafir harbi yang semua orang tahu begitu kuat berbohong dan anti melayu.
Mimbar masjid dijadikan pentas politik,mendoakan seorang kafir harbi pula menjadi keutamaan buat penganut Isle PAS.
Ini sudah sampai ketahap kurang ajar hinggakan para imam masjid dijadikan pencacai politik gampangan sosialis ultra kiasu DAP.
Adakah dengan hanya Guan Eng memberi sedikit gula gula pada program Ehya Ramadhan yang bertujuan untuk membeli undi khariah masjid di Dewan Serbaguna Jawi sudah menjadi lesen besar untuk menendang keluar nama Yang Dipertuan Agong? Guan Eng sicelaka ini diangkat bagaikan raja, Yang Dipertuan Agung dan TYT Gabenor di hina .Khawarij PAS harus bertanggungjawab. Adakah ini salah satu titik tolak mengajar orang melayu supaya menderhaka kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong?
Ajaran PAS yang menggankat Guan Eng bagaikan seorang khalifah sosialis bererti mereka menghalalkan segala tindakan Guan Eng yang kita semua kenali sebagai seorang pembohong,anti Islam dan anti melayu.
Tahap kebodohan khawarij PAS bagaikan sudah mengila,menjadi bangsat dan jalang seperti PAS menjilat Guan Eng adalah satu keutamaan.
Nasihat Pisau,Khatib dan imam janganlah menjadi perkakas politik chauvanis ultra kiasu DAP.

tamat

Kalau benar berlaku,dan tentu nya makmum2 tergamam dan bercakap, membantah, nyata ,jumaat terbatal,maka makmum kena lah buat solat zohor sahaja. Send diri mau hengat!!!

Sunday, August 8, 2010

Kempen Kibar Jalur Gemilang






Or whatever it was they call it. I only knew about it this morning, at 4am. I was on my way back, and saw the brouhaha going on at the Air Panas flats. Upon enquiries, was told, Najib is coming tomorrow. Wow , that'll be great, too bad I only know about it at the last minute, other wise I could make a presentation myself.

Later, after breakfast, word spread out that Najib will not be coming. I pass it off as rumours by certain people, to reduce attendance to the event. Why you may ask. Well if they are told that Najib is not coming, then there'll be less people attending. That will be translated into less support for the Prime Minister by you know who.

Alas after some sms and calls, it was indeed confirm that Dato' Seri Najib is not coming after all. I was disappointed. Now they can say that Najib stood them up!