Tuesday, May 25, 2010

WAHAI TUAN PM! TOLONG JANGAN LANTIK LIABILITI KE DALAM KABINET!



Pengumuman Penting!

Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita untuk dikongsi bersama, sila email saya di housepk@live.com

Bloggers pro-Umno ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pandangan bahawa sebarang perlantikan pemimpin yang dilanda kontroversi ke Kabinet ataupun mana mana jawatan berprofil tinggi hendaklah dielakkan pada masa kini.

Dengan sebarang perlantikan yang berbaur kontroversi, maka akan tempanglah semua usaha kita untuk meningkatkan prestasi dan imej Umno, Barisan Nasional mahupun Kerajaan Pusat.

Bloggers pro-Umno juga akan merasa lebih tertekan dalam usaha mereka menyokong usaha Umno kerana mereka tidak mungkin mampu mempertahankan keputusan melantik seorang pemimpin yang terpalit kontroversi ke Kabinet.

Di ketika getir ini, kita memerlukan seorang pemimpin muda yang mampu menyatukan sayap Pemuda Umno yang kian robek kerana Pemuda adalah penyumbang penting dalam perjuangan parti keramat kita.

Sejarah telah menunjukkan bahawa Pemuda mampu bertindak sebagai suara kritis yang lantang lagi bernas tanpa memberi ketuanya sebarang jawatan Kabinet, malah keputusan memberikan Anwar Ibrahim jawatan cabinet sempena kedudukan beliau sebagai Ketua Pemuda mungkin sekali telah menjadi punca Pemuda kian kusam, gusar dan capet.

Umno amat memerlukan tenaga Pemuda ketika generasi baru semakin meminggirkannya, dengan itu kami ingin menyeru dengan lantang agar Perdana Menteri tidak melantik Ketua Pergerakan Pemuda Umno ke Kabinet.

Seruan ini disokong oleh para blogger pro-Umno.


Tuesday, May 25, 2010
WAHAI TUAN PM! TOLONG JANGAN LANTIK LIABILITI KE DALAM KABINET!

Sekiranya anda adalah penyokong UMNO sejati dan mahu melihat parti keramat ini terus bernyawa, maka aku seru pada korang supaya sertai aku dan rakan-rakan bloggers yang lain untuk meletakkan banner ini di blog ataupun di facebook anda!

Ayuh semua, kita letakkan banner ini di blog masing-masing kalau kita sayangkan UMNO! Di bawah ini ada senarai blog-blog yang telah menyertai kempen ini:


1. Out Syed The Box
2. Another Brick In The Wall
3. Mantra..in deep tots
4. WBHim
5. Sri TriBuana

Tunggu apa lagi? Mari sertai kempen ini! SELAMATKAN UMNO
*nota:Liability dalam bahasa enggeris, Bahasa Melayu nya, Biawak Hidup

2 comments:

Wake UP! said...

Saya pun sudah letak di blog saya. Semua bloger pro UMNO yang tak mahu UMNO musnah dikerjakan mereka yang mempunyai masalah disiplin dan skandal patut letak banner ini di blog anda semua.

Tools of the Illuminati in Malaysia.

Mohd said...

Wahai Melayu yg tak sedar diri,
1. Sedarkah anda bahawa kaum Cina di Malaysia sudah bersatu utk merampas Puterajaya di PRU13 nanti?
2. MCA dgn pemimpin pelakun lucahnya serta Gerakan hanya akan menjadi musuh dlm selimut BN. Mereka akan hanya berkempen spt melepaskan batuk di tangga. MCA dan Gerakan hanya akan menekan UMNO utk memberi berbagai2 macam tuntutan utk kaum Cina bila masa pilihanraya.
3. Di kawasan2 Parliamen bandar di mana kaum Cina adalah majoriti, DAP akan menang. PKR dan PAS akan digunakan di kawasan majoriti Melayu utk meraih undi kaum Melayu. Dgn itu, Pakatan Rakyat akan menang cemerlang di PRU13 nanti.
4. Sudah tentulah Anwar Ibrahim (kes liwat di mahkamah akan ditunda sehingga PRU13) akan menjadi PM.
5. Lepas itu DAP akan meminda perlembagaan Malaysia dgn kelebihan kerusi PR 2/3 di Parliamen. Yang pertama Institusi Raja-Raja Melayu akan dihapuskan supaya mengujudkan Republik of Malaysia. Lim Kit Siang akan jadi PM. Anwar akan jadi Presiden Melayu yg pertama dan terakhir.
6. Maka bermulalah mimpi ngeri utuk orang2 Melayu di Republik of Malaysia ......