Tuesday, October 13, 2009

Majlis Hari Raya DBKL dan Media

Aku baru balik dari majlis itu. Mungkin ada yang tertanya apa kena mengena aku dengan media? Kalau nak tahu, blogging pun di kira media juga, walau aku blogging suka-suki saja. Ini pun kerana aku rajin melayar blog2 tersohor seperti yang terpampang pada link2 di tepi webpage aku ni. Hasil dari pelayaran aku ini, aku juga di kunjungi tuan2 empunya blog2 yang aku telah singgah. Antaranya Parpukari dan RockyBru. Mantap2 perisian blog mereka ini. Penuh hujjah dan juga penuh dengan komen2yang kadang tak tersiar kerana komen2 di buat oleh orang2 yang terlalu emosional tanpa batasan memberi bukan komen tapi keceluparan. Memang patut pun tidak di siarkan. Berbalik kepada majlis di atas. Pada bulan ramadhan yang baru berlalu, aku di ajak berbuka di PWTC bersama Timbalan Perdana Menteri dan juga Tun Mahathir bersama2 para pelajar IPT, IPTA, media dan juga bloggers. Di sana aku telah bersalaman dengan brader RockyBru yang kebetulan baru malam sebelumnya melayari ke blog aku. Makanya dari situ lah aku di iktiraf sebagai seorang blogger dan nama pun termasuk kedalam senarai jemputan melibatkan bloggers. AKu sangat rasa bangga di ziarahi oleh brader RockyBru. Siapa lah aku, kan? Berbalik ke majlis malam ini, kami di hiburkan dengan tarian dan nyanyian, dan deklamasi sajak oleh Datuk yang nama nya aku dah lupa, minta maaf Datuk. Dua sajak yang di sampaikan, Kuala Lumpur dan satu lagi Kekasih something2 oleh arwah Usman Awang. Majlis tersebut juga menjanjikan hadiah2 lumayan dalam acara cabutan bertuah, ini yang membuat aku tunggu hingga selesai majlis. Setelah puas makan minum, aku minum air kosong saja sebab majlis makan ala buffet, malas pulak nak ulang alik ambil kopi atau teh. Macam2 juga ada dalam menu, tapi aku makan sup dan roti saja lebih, tapi akhirnya terpaksa juga cari nasi, ada juga. Maka tiba lah masa yang di tunggu2, cabutan bertuah untuk hadiah2 utama, ia itu tiga set talipon bimbit, Nokia 7320, Blackberry dan iPhone! Juru acara menyebut nombor untuk hadiah ketiga, kosong, kosong, kosong."Angkat tangan sesiapa yang punya nombor pangkal tersebut, tapi aku tau sudah dua hadiah mempunyai angka2 tersebut, besar peluang ni, terlintas di hati aku. Pengacara meneruskan,"kosong, kosong, kosong enam!" WooooooooH!!!! aku menjerit, hidup bloggers!!! Nombor aku naik! Aku di panggil naik ke pentas. Di atas pentas aku hampir tak bersalam dengan Datuk Bandar kerana nak menjerit kedalam mikrofon pengara, "Hidup Bloggers!" Ya, aku mengidamkan Blackberry atau iPhone tapi Nokia 2730 pun jadi lah, Syukur jugak. Sekarang aku ada extra tiga talipon, tapi satu rosak sebab ia nak jadi submarine dalam lubang jamban tempuh hari. Sekian sahaja cerita aku. Oops, aku terlupa. Aku hanya berjumpa dua orang saja bloggers lain, iaitu Parpukari dan marah something, aku tak ingat sebab mungkin aku tak senarai dia dlm link aku, minta maaf ya brader, lepas ni saya akan add saudara dalam senarai link2 saya. The End

1 comment:

kamal said...

Salam Dud,

Tak rugi hang dapat jemputan tu..tengok nasib telah menyebelahi hg..dapat hadiah lagi TANIAH....