Friday, September 16, 2011

PERUTUSAN KHAS HARI MALAYSIA

OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2011

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.
2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.
3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?
5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.
6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.
9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.
10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.
11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.
12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.
14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.
15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.
16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.
19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.
20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.
21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.
22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.
24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.
27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Monday, August 29, 2011

Aidil Fitri

Selamat Sambut Satu Syawal Saudara Saudari Sakelian. Semoga Selamat Senantiasa. Sederhana Suasana Selalu. Ssalam mu Alaikkomm

Monday, August 22, 2011

MELAYU.

karya -USMAN AWANG

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.

Monday, July 4, 2011

Can you believe this?

When she gave away condoms, the shout their head off! Now they wanna put her on a pedestal.. WOW! (shaking my head here)http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/04/dr-ms-daughter-slams-crackdown/
We respect this lady. She the type to call a spade a spade.. Can you?

Tuesday, June 21, 2011

Where are you and what are you doing?

NI apa kes pulak ni? Kapal begitu besar pun takkan tak nampak? Bukan ka ini di negeri hang? Ok laa.. bukan bahagian hang tapi masih di Negeri hang kan? Mana polis? Mana Navy.. opocot.. hang tak jaga Navy. Tu kerja orang lain plak.
Takkan nak bagi amaran saja? Dah laa pulau terlepas ke sana, ini negeri di korek sikit2 hantar ker sana. Bukan kerja Tentera kaa menjaga daulat dan menjaga negara?

Friday, June 17, 2011

Obedient wives club

When the obedient wives club was form, many spoke against their motto of being better than 1st class prostitutes. There are no prostitute pictures here. ANY CLASS! But they never protest when worst things are done.. Is it because the club is a muslim base club? Is it because it prohibits close proximity on unmarried couples? and the people protesting, are they married? Just a few silly questions.

Sunday, April 17, 2011

pencarian

aku mencari seorang apprentis kami dari Indonesia,, baru kini terjumpa.. Seni Ukir Kaca Pyrex

Monday, April 4, 2011

Among the signs

The following signs are ascribed to Ali in the coming of Dajjal

~ People will stop offering the prayers
~ Dishonesty will be the way of life
~ Falsehood will become a virtue
~ People will mortgage their faith for worldly gains
~ Usury and bribery will become legitimate
~ Imbeciles would rule over the wise
~ Blood of innocents would be shed
~ Books about the quote "As a man thinketh"
~ Pride will be taken on acts of oppression
~ The rulers will be corrupt
~ The scholars will be hypocrites
~ Adultery will be rampant
~ The liars and treacherous will be respected
~ There will be acute famine at the time
~ There will be no shame amongst people
~ Children would challenge their mothers
~ Youngsters would perform marital relationship with their parents
~ Many people would worship Satan
~ There would be no respect for elder people

Sunday, April 3, 2011

Bung Mokhtar







I'm with Bung Mohktar. I believe all those who are attacking the good man are only doing it for political milage but not being sincere about the whole episode. Observe the pictures I took, ladies driving up one way street. Coming out of a one way street into oncoming traffic at the lights. The last picture is also a lady coming out of A ONE WAY STREET.
And while I'm at it, I'm wondering what the motive of some newspaper editors. Just look at the language here. Not bothered? Couldn't be bothered? Crude don't you think?

And last but not least, are this pictures. Is that holding or pulling?

Thursday, March 24, 2011

A blatant copy from one reply in Tun M's blog.

By sikenit on March 23, 2011 12:39 AM
Salam Tun dan pembaca budiman sekelian,
1. Orang yang kononnya menyesal kenapa dia dilahiran Melayu dan tidak sebagai Islam sahaja tu...sebenarnya nak tunjuk HEBAT PEMIKIRAN. Kononnya DIA lah sahaja yang pandai,sampai last-last nampak sangat kebodo-piangannya itu!!!

2. JAwapan Tun dalam post ini sudah cukup mantap sebagai jawapan, jadi saya tak mau hurai lagi. Yang saya nak komen di sini, ada dua hal, dan saya minta maaf sebab guna blog Tun untuk menyatakan komen saya.

3. Pertama bab DNA ni... saya ada dengar kawan saya, seorang yang 'berpendidikan' juga lah... katanya si AI tu tak mau bagi DNA dia sebab takut nanti dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

4. Ini pun satu lagi contoh al-bodo-piang. Saya tak maulah nak masuk cerita bab technicalities of DNA profiling, how DNA samples are obtained and analysed, sebab hanya jauhari yang mengenal manikam. Tapi yang syoknya, puak-puak marhaen pak turut ni.. pandai dok mengulang apa yang orang cakap saja, tetapi kalau diberi penerangan oleh orang-orang yang arif dalam hal DNA mereka tak mau terima pulak!!!. Itu sebab saya kata bodo-piang!! Bila orang cakap yang betul tak mau pecaya, tapi cakap si ahlil-kelentong tu dia percaya giler!!!

5. Anyway, apa yang ingin saya ketengahkan disini ialah- bab sampel itu nanti DIMANIPULASI OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU... ha....bunyinya hebatkan? Hakikatnya ialah, dia tak percaya pada orang, dan ingat orang nak kelentong dia.

6. Tuan-tuan dan puan-puan. Orang-orang yang alim dalam agama berkata, NAbi SAW selalu anggap orang lain baik, kerana Baginda SAW sendiri adalah seorang yang baik. Orang Barat pula kata, "It takes a thief to catch a thief". Pada pandangan saya yang kerdil ini pula, mengambil iktibar daripada kedua-dua contoh tadi, bermakna orang yang selalu menganggap orang lain akan manipulasi dia itu, sebenarnya dialah seorang yang suka manipulasi orang lain, maka dia selalu beranggapn orang lain akan manipulasi dia. PADAHAL, SATU DUNIA TELAH DENGAR HIRUK PIKUK RIUH RENDAH YANG DIA SENDIRI UMUMKAN KEPADA DUNIA, BAHWA PADA 16 SEPT 2008, KERAJAAN PAKATAN RAKYAT AKAN MEMERINTAH MALAYSIA. (Remember the statement- they are coming over to our side ...)Kemudian, bila tak jadi??? oh... begitulaaa, beginilaaa, itulaa inilaaaa..kok tuaaa, kok nilaa... INILAH THE MASTER of MANIPULATION AT WORK!!! maka dia anggap semua orang pun perangai macam dia........ Sebenargnya, dia tak mau bagi DNA. HAbis cerita.

7. Agak-agaklah, tuan-tuan dan puan-puan, kalau bagi satu calit air liur tu untuk test, berapa tahunkah lama masa yang diambil untuk analyse? 1 tahun, 2 tahun? atau 1 , 2 hari? atau 1, 2 minggu? Tak bolehkah diambil 7 orang pakar dari seluruh dunia, ikuuuuutttt sampel tu daripada mulut DIA, sampai masuk kereta, masuk LAB, pakat duduk keliling sampel tu semua pakar-pakar, siap rakam video lagi every step.. so that boleh nampak, kot2 ada orang nak manipulate kat mana-mana... and then bila keluar result umum ke seluruh dunia melalui live telecast- whether they match or not. HAbis cerita. Kalau match-match lah. Kalau tak, tak lah... apa susah? Dimana ada ruang nak manipulate apa-apa?

8. Perkara kedua yang saya nak sebut di sini Tun, saya tumpang lalu ya...
Berkaitan nikah dalam masjid. NAbi SAW bersabda dalam satu hadith, mafhumnya, lebih kurang, jika kamu berkata sesuatu itu daripadaku, sedangkan aku tidak menuturkannya, maka siapkanlah tempat untuk kamu di neraka.
Apabila seorang ahli majlis fatwa telah berkata NAbi SAW tidak suka, tidak menggalakkan dan bukan amalan NAbi SAW untuk menjalankan akad nikah di masjid, maka JANGANLAH kita kata tak apa. SAya yakin, Dato' ahli Majlis Fatwa itu telah mengkaji dengan mendalam, sebelum beliau berkata demikian dan saya disini ingin bertanya ahli-ahli alim ulamak yang lain, benarkah ada larangan NABI SAW sedemikian. Jika ya, janganlah tuan-tuan duduk senyap. Berkatalah yang benar!

9. JAnganlah biarkan umat ISlam di MAlaysia ini terus menerus buat perkara yang NABI SAW tak suka, walaupun nampak zahirnya macam baik dan bermanfaat, iaitu- memudahkan imam, jimat wang, jimat masa..etc etc etc... kerana sesuatu perkara yang Nabi SAW tak suka, KITA WAJIB YAKIN PASTI ADA SEBAB YANG SANGAT BAIK KENAPA NABI TAK SUKA.

10. Jika benar NAbi SAW tidak suka kita menjalankan akad nikah di masjid, saya ingin tanya kepada pak-pak imam yang masih insist (dan juga Pak Menteri yang menyokong)untuk menikahkan pasangan-pasangan pengantin di masjid dengan soalan ini,
Andai kata Nabi SAW hadir sama di depan anda semasa anda hendak menjalankan upacara akad nikah dan mengulangi kenyataannya bahawa BAGINDA TIDAK SUKA pengantin dinikahkan di dalam masjid, masihkah tuan-tuan akan meneruskan upacara itu? Sanggupkah tuan-tuan buka mulut dan berkata, "Tapi, ya Rasulullah, beginikan jimat wang, jimat masa, kami tak perlu pergi banyak-banyak tempat!bla bla bla" Sanggupkah tuan-tuan? Beranikah tuan-tuan? Adakah kita berani kata "Its okay, even if Nabi SAW tak suka" simply because he is not in front of us now? So, di mana Nabi dalam kehidupan kita? Dalam lipatan buku sejarah kah? atau dalam hati kita kah? Sanggup ya, kita melakukan sesuatu yang Kekasih kita tak suka? What kind of love for RAsulullah SAW is this?

11. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa masjid memang BUKAN lokasi yang sesuai untuk majlis akad nikah kerana -cubalah tuan-tuan lihat keadaan akad nikah sekarang yang di lakukan di masjid-masjid. PENUH DENGAN KEADAAN yang tak senonoh.

12. Tuan-tuan, MASJID ITU RUMAH ALLAH SWT, bukan bangunan kosong...Orang-orang perempuan yang pakai baju ketat-ketat, bermake-up sampai macam entah apa, ada ke tidak yang dalam haid? sama-sama duduk buat selamber...dalam masjid. Jika akad tu selepas waktu solat, mereka dah datang lebih awal, melepak kat koridor, tak masuk solat pun..... Tak hormat langsung pada waktu solat, habis kalau dah uzur, buat apa datang masjid???

13. Dan pukulan yang paling KAW sekali, lepas akad, ada acara membatalkan air sembahyang dalam masjid- ala-ala "You may kiss the bride" lah.... maka bersalamlah si pengantin ni, cameraman pula asyik nak tangkap gambar- ha.. cium,cium tangan, cium dahi, cium sana cium sini- pipilah.. tah apa-apa lah..habuan kamera. Apa ni tuan-tuan?? Bercium dalam rumah ALLAH?? TAK BERADAB LANGSUNG dengan ALLAH SWT..., membatal air sembahyang dalam masjid??? Kita dianjurkan ada wudhu dalam masjid, bukan BATALKAN WUDHU!!!

14. Tuan-tuan, Pernikahan adalah permulaan kepada satu keadaan yang mana seorang Muslim dan Muslimah akan terus menerus berada dalam keadaan beribadah kepada ALLAH SWT. Tempoh habis ibadah ini ialah bila salah seorang mati, atau pasangan itu bercerai.... Bgaimana sanggup kita biarkan ibadah ini bermula dengan cara yang tak kena dengan cara Nabi? JIKA BENAR NABI SAW TAK SUKA, maka saya mencadangkan kepada kita semua, Janganlah buat benda yang NAbi Tak suka. Tak cukupkah statistik perceraian di Malaysia untuk membuktikan bahawa bila dah buat cara tak kena tu, tak jadi elok pun.....buruk banyak ler.. dan pihak berkuasa agama asyik pening kepala, kenpa ya... ramai sangat yang bercerai? tak bercerai macam mana..awal perbuatan ibadah tu sendiri dah tak kena...!!!

14. MAka sibuklah, buat kursus itu, buat kursus ini, training itu, training ini, padahal CARA buat bukan cara NAbi, nak mai keberkatan macam mana???

14. Wahai tuan-tuan imam...tuan-tuan adalah orang yang bertanggungjawab memelihara agama dan terkedepan dalam hal agama di sisi masyarakat... Janganlah MALAS nak buat kerja ini.. Banyak ganjaran di sisi Allah SWT nanti...yakinlah....

Wallahua'lamu bissawab...

JAga diri, jaga solat semua... Semoga solat kita dapat mencegah kita dari perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar...

sikenit.

Sunday, March 20, 2011

Tak Malu kerr?

Wah wah wah! dulu masa Tun Dr Mahathir suruh pandang ke timur dan belajar dan tiru orang jepun,, apa depa kata? Tolong cerita mai sat? Sekarang tengok apa depa kata pulak? Awat dulu tolak sekarang nak ambil pulak? Baru nampak ? Awat dulu tu buta kaa?

Saturday, January 22, 2011

Tak Tercapai akal mu

Ellyana nyanyi lagu ini,, siapa penulis asal tentu faham maksud sebenar

Ku congak apa yang di depanku
Sebelum atur langkah
Ku tahu kan ke mana

Tak mudah aku kan diperdaya
Dengan pujuk dan rayu
Hasut ku ke duniamu

Sesungguhnya ku lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Selalu difikirkan dulu

Biar berdentum langit runtuh
Kan menghempap diriku
Tidak tergadai tatasusilaku
Yang menggambarkan siapa diriku

Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar untuk difahami
Kerna tak tercapai akalmu

Jangan ku kau sasarkan sebagai mangsa
Yang kau sangka mudah di rebah
Santunku bukannya ku lemah

Mudahnya merosakkan dari membina
Mencemarkan dari memulia
Tak menghirau dari mengendah

Sesungguhnya ku lebih dari yang kau tahu
Baik buruknya sesuatu
Selalu difikirkan dulu

Biar berdentum langit runtuh
Kan menghempap diriku
Tidak tergadai tatasusilaku
Yang menggambarkan siapa diriku

Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar untuk difahami
Kerna tak tercapai akalmu

Mungkin sukar untuk difahami
Kerana tak tercapai akalmu

Biar berdentum langit runtuh
Kan menghempap diriku
Tidak tergadai tatasusilaku
Yang menggambarkan siapa diriku

Biarlah bergoncang bumi di telapak kakiku ini
Namun takkan ku rubah pendirian
Yang membuat aku menjadi aku

Mungkin sukar untuk difahami
Kerna tak tercapai akalmu

Mungkin sukar untuk difahami
Kerana tak tercapai dek akalmu

Saturday, January 1, 2011

new stuffs done yesterday

After a long lay off, I had a call, asking if I can make some things. Well here they are. Hope their clients like them too.