Wednesday, March 18, 2009

10 kebaikan air Coke Cola

Artikel ini di ciplak dari salah satu blog yang membawa artikel yang serupa, demia kebaikan maka itu saya ciplak. Lagi pun dah ramai jugak yang ciplak.

10 kebaikan air Coke Cola

10 kebaikan air Coke Cola Dilulus terbit pada Wednesday, October 19 @ 21:43:28 MYT oleh LinuxPro
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabn pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal! Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis haksan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh…mesti buat overhaul ni!


Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan Coca Cola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kpas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Sesiapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah! Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati….nak minum ke tak?
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.
Rajin membaca pasti berjaya.
Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

Friday, March 13, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) oleh Tun Dr Mahathir

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.


4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-prkataan Sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilimu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains.

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat oenting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah dari pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan menggun hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayuu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

Thursday, March 12, 2009

The Miracle of the Splitting Moon


Assalamualaikom,

I was youtubing(remember i just coined that word) and watch some amazing and sometimes disturbing video clips. From storms lashing on light houses to hail storms that broke car windscreens. Then my buddy said, he does not believe in the "moon landing". I said, I do.

From there, I went to Apollo clips to some absurd behaviour of trying to force Neil Armstrong to swear on a bible that he landed on the moon, to which Mr Neil Armstrong replied,"you do not deserve a reply". Then I remember stories about Mr Armstrong hearing the azan while he was on the moon. And also some other story about the fault line on the moon.

So i googled moon images, and one thing led to another. I stumble upon a debate about the moon splitting. http://boards.history.com/topic/History-Of-Islam/Moon-Split-In/600017783&start=45 . There were also some helpful ones who gave urls for pictures and scientific opinion about the moon having been split in the past. http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/ap021029.html

Shukoor, Al hamdu lillah, Allah hu Akbar . Praise to god for strengthening our faith.
The debates gave good points to ponder and show how truly the Holy Quran is regarding the non-believer way of showing their disbelieve, exactly!

The end is near.

Wednesday, March 11, 2009

Merdeka Man

This piece is special. It took more than a couple of months to complete. This piece was started at our temporary bengkel close to MINDEF. And it was "completed" at our new bengkel near the Air Panas PPR flats or Penduduk Pendapatan Rendah(see address above). That said, it still is not completely finish. I imagine making more pieces of this kind. Ideas flourished in my head, alas......

I've thought of looking for a patron for my art, but where do I start? Age is catching up on me. I used to sit for six hours at a stretch to complete a piece, but of a different style or texture or technique. But this Merdeka Man is completely different from what I've done before. It is actually pieces of 4 mm rods interconnecting to form the shape. Oops, there goes the secret.

Like I mentioned above, ideas and pieces are all in my head. But I can't put food in my stomach making them. Perhaps they won't see the light of day if things go on the way they are. I even got myself in the newspapers a few times hoping to attract that "patron". I got a wife once. And lost a family. Can't blame anybody.

Back to me and enough of the sob story. Anyone out there got any ideas?

I did approach a very very very rich relative once or twice. Both turn out to be very unpromising. Friends did help out once. It did not turn out as well as we hope out it will. I'm always grateful to have them friends. How I repay their kindness is beyond me. For now that is. Only Allah the Great can.

Salinan dari blog kanak2 umor sembilan tahun.

Alamat Blog Adam Azhar http://adamazhar.blogspot.com/

I heard my mum and daddy were talking about people that do not like the idea of learning math and science in English. But i think it's pretty cool. It makes me always want to do more revisions. If i don't understand anything or terms that the teacher used at school, i go back and search it in the dictionary or ask my parent. Sometimes i even use the internet.
I am not actually a genius. So i have to work hard on my studies. The exam is coming around the corner so please pray for me to get number one again in my upcoming exam. Last time i got first place in class, it was all my hard work and full support and prayers from my dear parent. It isn't so easy to learn science and mathematics in English but it is worth it to always make an effort to get great result....

Sunday, March 8, 2009

bahasa?

Nak belajar maths dan sains dalam bahasa malaysia? Kenapa sampai di situ saja? Ugama pun jangan guna bahasa lain.. guna bahasa malaysia saja. Mandarin pun jgn guna. tamil pun tak boleh.. semua biar dalam bahasa malaysia.

sudah lah, pak samad. sampai beruban janggut, masih .... isk.. tak tau aku nak kata apa. Hari tu, masa kat SOGO , dah kata skali kat muka pak samad dah,, kenapa biar diri di peralatkan? kali ini.. minta maaf la Pak Samad OI!!! tak terkata apa2 dah.

Bila nampak muka nasaruddin, teringat aku masa dia di temuramah DJ stesen rangkain biru,, kalau tak silap. masa tu masih guna rangkaian biru. dengan DJ pun hang tak bley jawab... kalau lah ada rakaman interbiu tu kan bagus? wawancara... temuramah .......... mana2 lah hangpa suka nak pakai..

Yang jadi mangsa bukan hangpa, tapi anak cucu hangpa.. bengong betoi, lagi tak sedark kaa? Bukan saja Pak Samad jadi alat, tok2 guru pun jadi alat. Konon ngaji ugama jadi ulamak hebat lah? aku yang tak mengaji tinggi pun nampak perangkap samar Yahudi dalam usaha hangpa tu. cetek sungguh minda hangpa.

malaih dah nak cakap lebark panjang hai2 camni.

Saturday, March 7, 2009

Salam dari kawan2

Petang tadi Dekdi call, dia kata susah nak post comments kat blog ni sebab settings nya tak benar kan anynomous comments. Oleh kerana itu, saya sudah reset settings untuk membenarkan komen2 tuan2 dan puan2 pelawat ke blog yang tak seberapa ini memberi komen dengan mudah.

Sekian, terima kasih.

Friday, March 6, 2009

kerja kerja kerja

Hahahahaah kerja pakai tie tuuuuu!!!
http://geng2testpower.ning.com/video/keje-pakai-tie
Tuan2 dan puan2 boleh lah copy alamat url di atas ini dan paste kan
kedalam kotak carian,(search box) ada video klip satu minit disana.
Selamat mencuba.

This is my favourite Hindustani song