Selain dari tu aku juga meronda kawasan sekeliling perpustakaan tu. Aku pernah datang dulu, juga dengan tugasan yang sama, jadi aku tahu lah ada kolam ikan disini.
Semasa di sini, teringat yang Ibnu Saman ada beritahu dalam blog nya yang dia pernah terserempak dengan kawan lama kita Mohhiddin, kini Dr Mohhiddin. Tapi aku tak ingat nombor talipon beliau. Jadi kena cari Kamal lah. Mohd Kamal Hussin. Pusat simpan maklumat nombor talipon. Minta tolong dia sampaikan pada Mohhiddin yang aku ada di Serdang. Dia balas dengan nombor talipon Mohhiddin, jadi aku pun sms. Nasib baik masih ada kredit. hehehehe.
Lepas tengah hari baru Mohhiddin membalas dengan menalipon aku. Dia beritahu yang sms masuk semasa dia sedang mengendali kuliah. Tapi aku boleh lah datang jumpa. Sempat juga ambil gambar Dr Mohhiddin kita. Nak cerita panjang tak sempat kerana ada barang yang nak di pasang tertinggal dalam van. Jadi aku terpaksa kembali ke Mardi dengan kadar segera.
No comments:
Post a Comment